Assalamualaikum anak2 Ummi yg dikasihi,
Termasuklah abang yg disayangi..
Hari ni Jumaat,
Ummi baru habis exam Pro ptg tadi,
Alhamdulillah, Ummi boleh buat apa yg termampu,
Hari ni Ummi solat terawih, Ummi banyakkan-banyakkan syukur dlm sujud Ummi,
Ummi mmg tak ada apa di dunia ni,
Tapi Ummi cuba utk bersyukur dgn setiap benda kecil yg Ummi ada,
Ummi bersyukur Ummi boleh jawab eXam walaupun tak sehebat kwn2 Ummi yg lain..
Ummi bersyukur kerana tak lama lagi Ummi bakal bergelar tunang org,
Ummi bersyukur Allah beri Ummi makanan utk berbuka setiap hari walaupun hakikatnya Ummi mmg tak ada duit poket..
Tapi,
Ada satu perkara yg membuatkan hati Ummi rasa kosong.
Ummi tiada sahabat mcm kawan2 Ummi yg lain.
Ummi pandang kiri kanan dalam Masjid tu,
Ummi nampak ramai org datang solat terawih dgn kawan2.
Ummi rasa kosong disitu...
Dalam hati Ummi kata
"Ya Allah, bahagianya aku kalau aku punya teman2 time susah dan senang"
Ummi mmg seorang yg kurang bergaul dgn kwn2,
Ummi seorang yg sensitif, susah nak masuk dgn kwn2,
Tapi, dalam hati Ummi berkata,
Ummi sangat2x harap Ummi ada seorang sahabat yg boleh kuatkan Ummi bila Ummi jatuh, dan boleh gembira jika Ummi mendapat nikmat..
Ummi tahu semua tu mustahil, sbb manusia bersifat lemah,
Mereka tak boleh menghargai dan mencintai sesuatu sepenuh hati dgn ikhlas.
Akhir sekali, dalam sujud Witir Ummi berdoa,
"Ya Allah, Engkau telah tetapkan takdir hidupku begini, maka aku terima dgn redha. Hidup aku tak senang di dunia ni, tak bahagia seperti insan lain.. Tapi aku mohon Kau cukupkanlah aku di dunia ini, dan sediakanlah kpdku kehidupan yg baik di akhirat sana. Mungkin di sana nanti, hidupku lebih bahagia dari dunia ini. Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan lurus selagi aku hidup."
Walaupun Ummi tak punya sahabat2 baik, tapi Ummi sentiasa berdoa utk kawan2 Ummi. Ummi tak pernah lupa utk doakan kwn2 lain, sbb itu sajalah tanda cinta Ummi pada mereka. Biarlah cinta Ummi ni hanya Allah saja yg tahu..
Anak-anak Ummi yg dikasihi,
Bila kamu dah keluar kpd dunia luar nanti, kehidupan lebih mencabar dari apa yg kita jangkakan. Tiada manusia yg betul2 ikhlas, tiada manusia yg betul2 berniat baik... Majoritinya adalah mereka yg suka mengambil kesempatan bila kamu senang, dan tinggalkan kamu bila kamu susah..
Majoriti manusia bersifat tergesa-gesa dan mementingkan diri sendiri.
Tapi anak2 Ummi,
Ummi nak pesan.... Jadilah HAMBA ALLAH sayang. Hargai manusia disekeliling kamu walaupun mereka benci pada kamu. Tunjukkan AKHLAK PALING MULIA, walaupun ramai tak suka melihat. BERI APA YG KAMU ADA selagi mana kamu mampu, dan JANGAN PERNAH BERKIRA dgn manusia. Biar manusia lain tak ikhlas, tapi KAMU JADILAH MANUSIA YG IKHLAS.
Sebab apa Ummi pesan begitu?
Sebab Ummi yakin, bahawa kehidupan kita di dunia ni HANYA SEMENTARA. Kita semua akan mati dan jadi tanah, kemudian kita akan dibangkitkan semula utk bertemu dgn ALLAH swt. ALLAH akan menghisab semua amalan kita, tiada yg terlepas... Walaupun sebesar zarah, ALLAH tetap akan kira..
Jadi, apalah gunanya kalau kita hidup di dunia ni mementingkan diri sendiri?
Nyawa yg kita ada ni bukan milik kita pun, ia milik Tuhan...
Ingatlah anak2 Ummi,
Biar makhluk diBumi tidak memuji mu,
Tapi makhkuk di langit sentiasa menyebut-nyebut namamu..
Assalamualaikum... Ummi tidur dulu. :)
Ulasan