Assalamualaikum anak2 Ummi...
Hari ni malam Khamis, esok Jumaat..
Hari yg paling Ummi suka.
Esok Nuzul Quran, jadi Abah cuti...
Kami ada di Taiping hari ni...
Td mlm Ummi baru baca surah Al-Kahfi,
Ummi cuba jaga Sunnah ni, setiap mlm Jumaat atau hari Jumaat Ummi akan amalkan baca Surah Al-Kahfi.
Ummi tahu fadhilat Al-Kahfi ni bnyak sangat, jadi Ummi selalu sedekahkan fadhilat surah ni kpd keluarga Ummi dan keluarga bakal tunang Ummi..
Sedang2 Ummi baca Quran tadi,
Ummi teringat satu perkara tntang Quran ni...
Masa Ummi mula-mula nak cari jodoh Ummi,
Ummi tak tahu mcm mana nak mulakan cari...
Jadi Ummi mulakan dgn membaca ayat-ayat Allah swt iaitu Quran.
Ummi terdengar ceramah Agama tntang mencari jodoh yg baik.
Antara ayat Quran yg boleh diamalkan utk cari jodoh yg baik ialah..
(Surah Furqan : 74)
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami isteri-isteri dan zuriat2 sebagai perkara yg menyukakan hari kami. Dan jadikanlah kami imam-imam bagi org2 yg bertaqwa"
(Surah An-Nur : 32)
"Dan kahwinilah antara kamu lelaki2 yg soleh dan perempuan2 yg baik. Jika mereka miskin, Allah lah yg akan memberi rezeki kpd mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pemberi Kurnia dan Maha Mengetahui."
Ummi cuba amalkan ayat2 ni lepas solat dan setiap kali Ummi baca Quran.
Ummi tambah doa ni juga...
"Ya Allah, jika jodohku jauh Kau dekatkanlah, jika dia susah Kau permudahkanlah, jika dia sempit Kau lapangkankah.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Tinggi dan Maha Agung"
Ummi yakin dgn Allah, Dia akan jawab doa Ummi satu hari nanti,
Sekarang bila Ummi baca Quran, Ummi akan selalu ingat yg Ummi minta jodoh Ummi melalui Quran,
Jadi Ummi yakin ada kebaikan pada diri dia,
Dan Ummi yakin Allah akan bersama2 Ummi utk bina keluarga dgn dia..
* Dalam hati Ummi, Ummi selalu berdoa..
" Ummi bukan org yg kuat, tp Ummi ada Allah utk tlg Ummi. Ummi harap biarlah dia jodoh Ummi sampai syurga.. InshaaAllah.. :) "
Ulasan