Assalamualaikum,
Dah lama aku tak tulis blog. Memang aneh sebab setiap kali akhir tahun Disember baru aku melawat blog ni .
Aku maybe sibuk kerja, atau sibuk layan perasaan .. haha .
Aku nak share , alhamdulillah dan dekat 5 tahun aku hidup dengan satu kidney ( buah pinggang ).
Pada Oktober 2020 , aku dan suami Ahmad Hariz menjalani pemindahan buah pinggang.
Hariz dah sakit lama , sejak dia kerja di Kuantan 2016 sampai lah aku houseman . Dulu aku houseman di HPSF Muar . Dekat 4 tahun dia sakit , almost 4 tahun dialisis CAPD .
Tahun pertama kami pindah ke Muar , dia ada ada semua gejala sakit ESRF due to diabetic nephropathy. Kenapa aku , Allah pilih aku untuk melalui ujian ni .
Aku takkan sangka bahawa Allah akan uji aku begini . Setakat ujian parents aku gaduh sikit2 tu aku dah biasa . Ujian arwah kakak aku sakit jantung dan meninggal masa aku darjah 5 , ujian tu semua aku lalui sorang2 ..
Aku ingat hati aku dah pulih dan aku akan boleh move on dengan life. Rupanya Allah uji aku lagi ..dan lagi ..
2017 :
Masa Dr Y ( pakar nephro muar ) jumpa aku dan Hariz, cakap Hariz kena dialisis .. Aku macam blurr la jugak . Tapi Allah nak tolong aku , aku kerja as houseman hospital kerajaan , then GL boleh la guna untuk dialisis Hariz .
Masa first time masuk ward , aku kerja pun belum dapat gaji , aku nak bayar bil hospital tak lepas sebab duit takde. Aku pi Jabatan Sosial Muar , mohon kurangkan bil hospital Hariz. Diorang pelik kenapa aku takde duit , sedangkan aku houseman . Tapi sebab baru kerja, belum lagi dapat gaji .
Then bermulalah episode aku berulang alik ke hospital dengan kerja houseman yang sibuk .. Dan sambil2 urus kan hal Hariz.
Aku pindah rumah sebanyak 2 kali , sebab aku perlukan privacy hidup. Takde yang faham kerja houseman teruk macam mana , melainkan diorang sendiri alami. Selalu aku balik pukul 12 tengah malam dan 1 pagi .. Pernah miscosleep kt traffic light sebab penat sangat .. Amik Mardhiyah dari rumah pengasuh pukul 12 malam . 2 kali accident langgar orang dan 1 kali accident langgar divider sebab aku mengantuk sangat. Rosak juga kereta Myvi mertua aku .
Masa Hariz sakit ni , dia tak kerja .. aku minta dia rehat fokus kesihatan dan dialisis . Aku sedih tak ?? Entahlah .. aku dah lupa perasaan tu , tapi aku workhard utk Mardhiyah sebab dia tak lama lagi nak sekolah . Aku kena fokus duit untuk sekolah dia juga.
Gaji aku masa houseman around 3k -4 k . Masa ni untuk aku seorang bekerja memang cukup2 makan ja .. Sebab dah bayar sewa dan ada kereta. Aku juga still bagi duit pada adik2 dan parents. Bukan sebab nak tunjuk baik , tapi sebab aku dah terbiasa . Adik2 aku susah lagi dari aku , jadi aku tak boleh selfish .
2018 :
Aku rasa tahun ni lah aku bagitau Pakar Nephro Muar yang aku nak derma buah pinggang pada Hariz. Tahun kedua dia dialisis . All this while , Hariz CAPD saja .. Kami ada pergi ke Anga JB untuk buat tapak dialisis kat tangan Hariz , sebab doktor kata kena stanby tapak jugak . In case perlu dialisis urgent . Hariz banyak kali masuk keluar wad sebab infection peritoneal , jadi doktor kata maybe nanti kena dialisis darah one day . Buat tapak kat Anga JB tu kos dalam 3 k .
And aku ingat lagi , kalau nak derma buah pinggang , Hariz kena ada tapak dialisis tangan jugak . Supaya nanti di HKL diorang tak perlu buat IJC untuk dialisis darah .
Aku pernah giveup , aku pi jumpa kaunselling dan Psikiatric sebab aku nak stop jadi doktor . Doktor kata aku tak kritikal sangat , masih boleh kerja jadi dia refer aku ke kaunseling saja . Kenapa aku nak berhenti jadi doktor , sebab aku dah penat hidup dan kerja sampai lewat malam . tu je .. Dengan Hariz sakit , aku ingat nak jaga anak ja. Tapi Allah tak izinkan ...
Masa ni pakar nephro tak bagi aku derma kidney lagi , sebab aku masih houseman . Dia kata biarlah habis houseman dulu . Aku redha , tunggu sampai 2019 .. Sambil2 tu dia workout renal transplant untuk kami berdua . Hantar darah dua2 orang ke HKL dan buat urine 24 jam berkali2 sampai aku sendiri dah rasa bosan . Pernah bagitau Hariz, aku tak nak teruskan sebab lambat dapat date untuk operation.
2019 :
Hariz still CAPD dialisis sampai lah 2019 . Aku habis houseman 2 tahun lebih lepas kena extend posting KK . Aku minta posting ke klinik kesihatan terdekat , dapatlah Merlimau . Kat sana aku mulakan hidup baru dengan kawan2 baru . Setelah 2 tahun aku berlari2 di HPSF , then mulalah aku kerja dudukkk saja di KK ... haha ... Alhamdulillah posting di KK baik saja , boss semua okay , kawan2 ada . Cuma fasa Covid19 ni , aku jadi tak best dah kerja di KK .
2020 :
Tak ingat bila aku tarik diri dari KKM . Reason aku berhenti sebab gaji tak cukup, keperluan banyak tergendala . Masa COvid 19 , elaun covid masuk lambat .. jadi aku terpaksa resign from KKM. Masa ni panggilan operation transplant dah dekat . Aku amik cuti dalam 2 minggu sebelum hari transplant . Masa ni Klinik Merlimau ada buat doa selamat dan bacaan Yassin untuk aku operate . Aku terharu ... Ustaz tu ada doa , semoga operation aku dipermudah dan Hariz cepat sihat .. Tak sangka 4 tahun aku menunggu dengan penuh air mata , keringat .. Hari tu tiba juga.. tapi aku still faham setiap operation ada side effects dan aku kena bersedia apa2 jua yang Allah tentukan . Setiap kidney transplant 90 % inshaa Allah success dan 10 % akan ada rejection . Kami pilih HKL , tempat aku dilahirkan .
Oktober 2020 :
Tak silap , tarikh operation kami 9 Oktober 2020 , hari Jumaat. Kami dua2 puasa 2 hari. Hariz dialisis macam biasa. Malam sebelum tu aku bangun tahajjud dulu , aku solat dan nangis puas2 kt Allah ... Pagi Jumaat aku masuk operation theater dan kena allergic ubat Cefuroxime . ( premeds injection ) . Lepas tu diorang cepat2 bagi hydrocort injection , allergic pun kurang . Aku tak call ibu abah , aku meseg je diorang minta diorang doakan aku . Kalau aku call , nanti diorang menangis pulak .. Sepanjang hidup aku dengan Hariz dah banyak sangat diorang terbeban dengan masalah aku .. Jadi aku harap Allah berbaik dan berlembut dengan aku dan Hariz .
Doktor yang operate kami 2 orang , seorang Dr Vijay dari HKL dan sorang lagi Dr indian dari Prince court . Dua operation jalan sekali .
Masuk subuh , then habis operation dalam pukul 2 ptg . Aku sedar dalam pukul 3 . Hariz dia sedar lambat sikit . Lepas aku sedar je , doktor senyum2 kat aku cakap tahniah Hafizah , semua berjalan lancar ... Tiada immediate rejection pada kidney aku . Aku syukur sangat- sangat .. Sakit tempat operation dalam seminggu jugak . Aku balik dulu rumah , Hariz stay lama sikit untuk pantau creatinine dia .. Sebelum operation creatinine 1000 lebih , lepas operation turun sampai 200 then 100 lebih .. Doktor pakar gembira , tapi masih lagi kena pantau betul2 .
2022 :
Aku decide balik Penang , kerja di Penang pula .. lepas tranplant Hariz amik masa few months , then dia pun dah mula kerja balik . Kerja kedai bakery Mika. Kami pula masing2 sibuk kerja, sampai anak terabai .. Then aku decide balik Penang untuk lebih family support .
2023 -2025 :
Aku pun dah kerja freelance macam biasa. Hidup kena diteruskan sebab masih banyak hutang .. haha .. Hariz follow up macam biasa , then dia pun dapat kerja di Penang . So far kami sihat inshaaaAllah .. Ada satu masa Hariz ada infection viral , then kidney ada sikit rejection . Creatinine dia skarang dalam 150 - 180 range.
Korang yang baca sampai habis ni doakan kami ya ..
Kami tak minta banyak , tak minta derma apa2 , tak minta kesian .. Cuma doakan suami aku sihat sentiasa. Selagi ada kudrat aku kerja , inshaaAllah . Yang pahit semua aku akan cuba telan . Nak jalani hidup ni tak boleh pilih ujian mana2 .. Kena hadap ja ..
Yang tak best sekarang aku jadi doktor klinik GP ni , kerja duduk ja .. Jadi berat pun naiklah .. semoga aku kurus balik .. haha ...
Thank you baca sampai habis , mai la klinik aku sembang2 .. :)
Dr Hafizah / 31 .12.2025 .
Gambar jalan2 di Muar, hometown husband... Lepas transplant, tak perlu ROF lagi..

Ulasan