Assalamualaikum anak2 Ummi...
Tngah buat apa sekarang?
Ummi baru balik dari Solat Hajat berjemaah sempena Pro EXam Ummi..
Eaok dah nak puasa, Alhamdulillah...
Ummi bersyukur masih diberi umur pnjang utk jumpa Ramadhan tahun ni..
Anak2 Ummi,
Ummi just nak share apa yg lecturer Ummi bagitahu tadi,
Nama dia Dr. Samsul.
Katanya :
"Kalau kita solat hajat utk minta sesuatu dari Allah, tapi at the same time kita terlepas pndang hajat org lain / tak penuhkan hajat org lain, Allah takkan penuhkan hajat kita"
"Kdg2 doa orang pembuat maksiat tu lebih makbul dari kita, kerana mereka mungkin berdoa dlm keadaan merendah diri, sedangkan kita mungkin berdoa dlm keadaan yg riak."
"Kalau buat majlis apa2, selalulah ingat utk jemput anak2 yatim atau org susah. Jgn hanya ingat kaum kerabat kita yg dah senang lenang je.."
"Sentiasa hormat GURU kamu, dan merendah diri selalu, tak kiralah dia kafir atau Islam, walaupun dia hanya mengajar kamu 'Alif, Ba, Ta"
"Banyakkan selawat kpd Nabi Muhammad saw. Amalkan Sunnah Rasulullah dlm kehidupan."
"Kalau kamu ingat pesakit kamu sihat kerana 'ubat' yg kamu bagi, maka kamu sudah jatuh Syirik Kecil'
"Kalau kamu gagal pada 'attempt' pertama, kamu masih ada 'attempt' ke-2 ke-3 dan seterusnya"
Ringkas dan padat, tapi sangat bermakna pada Ummi.
Masuk ke dalam hati Ummi.
Jom kita sama2 amalkan pesanan Dr. Ummi ni.. InshaaAllah.
Jom kita sama2 jadi antara Umat Muhammad yg terbaik.
* Salam Ramadhan anak2 Ummi. Kejarlah kelebihan Ramadhan setiap kali ia menjelma. :)
Ulasan