Assalamualaikum anak2 Ummi..
Skrang pkul 3.00 pagi (19 Ramadhan 1434)
Ummi tk dapat tidur mlm ni..
Tak tahu sbb utama..
Sbnarnya dah lama Ummi tk dpt tidur mlm dgn nyenyak,
Sejak dari sekolah. Irshad lagi, tingkatan 5 sampailah ke UIA.
Kalau Ummi dpt tidur pun, Ummi akan tidur skejap-kejap saja..
Pastu dlm 2-3 pagi Ummi akan terjaga dgn sendiri,
Kalau dalam istilah medik, ia dipanggil 'insomnia'
Kdg2 Ummi tk dpt tidur sbb takut,
Takut dgn bnda2 Ghaib..
Tapi tu masa Ummi sekolah rendah dan menengah,
Lama-lama, perkara tu hilang dgn sendiri.
Kalau Ummi terjaga pkul 2-3 pagi
Selalunya Ummi susah nk tidur balik
Sejak Ummi tahu keadaan Ummi mcm ni (insomnia)
Ummi cuba cari jalan utk tak memburukkan lagi keadaan..
Kdg2 Ummi akan study tngah malam..
(study masa ni lah yg paling baik sekali, sbb tak da gangguan)
Tapi yg paling Ummi suka adalah Solat Tahajjud..
Masa yg paling baik utk Solat Tahajjud adalah pd sepertiga malam,
Iaitu dalam pkul 3 pagi until Subuh..
Dalam Tahajjud Ummi, Ummi selalu berdoa dan bermunajat kpd Allah
Ummi banyakkan muhasabah diri sendiri, fikir dosa-dosa Ummi..
Ummi rasa tenang sangat bila dpt bangun Tahajjud
Ummi tahu, doa waktu Tahajjud amat mustajab, Allah swt akan makbulkan
Jadi, Ummi selalu ambil kesempatan utk berdoa semasa Tahajjud.
'Carilah kekuatan dlm Tahajjud'
Ummi pernah terbaca ayat ni dlm buku2 Agama..
Ummi yakin, sedikit kekuatan yg Ummi ada ni, Ummi dpt melalui Tahajjud
Ummi bukanlah insan yg kuat atau tabah... Ummi seorang yg suka pendam masalah dan sensitif..
Tak ramai org yg faham Ummi, kawan2 mahupun keluarga
Jadi, Ummi selalu ambil kesempatan masa Tahajjud utk luahkan semua masalah Ummi kpd Allah swt..
Sbb hanya Allah saja yg faham diri kita kan?
Selain tu,
Tahajjud juga adalah sunnah Nabi Muhammad saw..
InshaaAllah, sedikit sebanyak Ummi dpt amalkan Sunnah Nabi Muhammad ni..
* jika anak2 Ummi nak cari kekuatan, atau nak memohon sesuatu drpd Allah swt, bangunlah berTahajjud.. InshaaAllah, Allah akan mudahkan semuanya.
:)
Ulasan