Langkau ke kandungan utama

Sangat tenang walaupun Caesarean operation..

Assalamualaikum anak2 Ummi..

Alhamdulillah,
Hari ni Ummi dah on-call utk kali ke-5 utk posting Obstetrics Gynaecology ni
Kali ni Ummi on-call dengan Kak Nadia (roommate Ummi)
Dan syukur juga, on-call kali ni Ummi dapat tengok 2 Caesarean operation

Operation pertama
Seorang ibu mengandung, yg berumur 20 tahun
Muda kan?
Lagi muda dari Ummi
Masa kami 'clerk' dia, dia kata dia kahwin muda
Kak Nadia tanya dia, mcm mana boleh tergerak hati nk kahwin muda?
Dia kata " Dah jodoh.." sambil tersenyum
:)
Tapi dia pernah ada sejarah keguguran masa kandungan 2 bulan
Kiranya ini adalah kandungan dia yg ke-2

Masa mula2 dia datang ke hospital utk check
Dia kata dah due-date, tapi belum ada contraction pain lagi
Tapi ada 'leaking liquor' (pecah air ketuban)
Then, doktor pun buat lah examination
Masa buat examination tu, dia nmpak tenang sangat
Doktor kata lah yg bacaan CTG dia suspicious
Maksudnya tak da tanda2 contraction nak labour
Fetal heart rate pun kurang active

Lepas tu,
Doktor admit dia ke High Risk labour room
Masa di High-Risk tu la doktor buat keputusan utk buat operation Caesarean
Masa tu keadaan kelam kabut sangat, sbb bayi dlm kandungan dah nak lemas
Tapi Ummi tengok dia tenang sangat
Dia tak de pun tunjuk muka risau
Muka dia sentiasa tersenyum
Dalam hati Ummi kata " Sedihlah kalau anak pertama dah buat Caesarean operation "

Kami pun ikutlah doktor nak tngok operation
Masa di operation room pun, dia nmpak senyum saja dan sangat tenang
Ummi mmg kagum dengan dia
Dalam hati Ummi banyak berdoa semoga Allah mudahkan operation dia
Dah la anak pertama, mesti dia dan suami sangat menantikan kelahiran baby kali ni

Alhamdulillah
Doktor yg buat operation tu pun sangat terrer
Dalam setengah jam dah siap
Anak dia dikeluarkan dari dalam perut tepat2 masa azan Zuhur
Ummi dapat rasa kebesaran Allah swt masa tu
Mmg air mata Ummi dah nak mengalir bila tengok anak dia dikeluarkan dari perut sambil laungan azan bergema
Subhanallah.... Subhanallah...
Hanya itu ucapan Ummi dalam hati

Pengajaran yg Ummi dapat ialah
Seorang yg nampak tenang, selalu tersenyum walaupun ada masalah
Mmg seorang yg Allah pelihara
Kalau kita jaga hubungan dgn Allah
Allah akan jaga urusan kita
Ketenangan bukan semua org akan dapat
Hanya hati yg selalu ingat Allah akan mendapat ketenangan
Dan seeloknya kita serahkan semua urusan kpd Allah swt kerana Dia mmg sebaik-baik Perancang

Ummi berdoa semoga kita semua dikurniakan ketenangan oleh Allah swt dlm apa jua keadaan
InshaaAllah Ameen
:')

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 tahun bersama satu kidney ..

  Assalamualaikum,    Dah lama aku  tak  tulis blog. Memang aneh sebab setiap kali akhir tahun Disember baru aku melawat blog ni .   Aku maybe sibuk  kerja,  atau sibuk layan perasaan .. haha .  Aku nak share ,  alhamdulillah  dan  dekat 5 tahun aku  hidup dengan satu kidney ( buah pinggang ).  Pada Oktober 2020 , aku dan suami  Ahmad  Hariz menjalani pemindahan  buah pinggang.  Hariz dah sakit lama ,  sejak dia kerja di Kuantan 2016 sampai lah aku  houseman . Dulu aku  houseman di  HPSF Muar . Dekat 4 tahun dia sakit , almost 4 tahun  dialisis  CAPD .  Tahun pertama kami pindah ke Muar ,  dia ada ada semua gejala sakit ESRF due to  diabetic  nephropathy.  Kenapa aku ,  Allah pilih aku untuk melalui ujian ni .  Aku takkan sangka bahawa Allah akan uji aku begini . Setakat ujian parents aku gaduh sikit2 tu aku dah biasa ....

Happy new year 2026..

 Selamat tahun baru 2026 semua.. Aku doakan semua dimurahkan rezeki... Diberi kesihatan yang baik2...  Sentiasa rezeki mengalir tanpa henti..  Dapat menunaikan umrah ..  Dapat savings untuk anak-anak... Diberikan zuriat bagi yang menanti lama.. Diberi kebahagiaan bersama keluarga tercinta..  Doakan aku juga ya... Kalau ada salah silap sepanjang 2025.. Aku minta maaf.. ❤️❤️ Muzaffar , anak angkat kami.. Tahun depan darjah 1. 

Happy comes from inside...

 Alhamdulillah ... Baru balik kerja pukul 11  Solat dan rehat2 ... Dah pukul 12.  Patient klinik mmg ramai tadi ...as usual ..  Klinik aku kerja sekarang , tak pernah tak ramai . Sebab 24 jam kan ..  Jari aku pun dah kebas sekarang .. Sebab banyak menaip.  ... Aku even dah slow facebook dan instagram ..  Sejak bulan puasa haritu . Fokus kerja , fokus family la ni ...  ... Dulu masa aku susah ..  Alhamdulillah semua cukup . Hidup dengan Hariz dan Mardhiyah .. Happy sangat ...  Satu kalau suka menunjuk ... Orang akan dengki.  Dan realiti kehidupan sekarang .. Kita jangan terlalu over sharing ..   Sebab tu aku dah tak follow artis ke ... Influencer ke ... Penat melayan socmed .  Sekarang hidup tenang alhamdulillah.  Takde perlu nak penuhi expectation orang lain. Pi kerja balik... Tidur ...  😸😸😸