Cinta itu buta. Apakah maksudnya? Ini bermaksud kita mencintai seseorang tanpa sebarang alasan yang pasti. Kita jatuh cinta kepada seseorang dan kita tidak tahu alasan mengapa kita jatuh cinta dengan seorang lelaki ataupun perempuan. Kebanyakkan manusia telah lupa bahawa yang telah meletakkan cinta terhadap seseorang di dalam hati kita adalah tiada yang lain melainkan Pencipta manusia.Tiada sesiapa pun yang boleh memberikan cinta melainkan Allah. Allah yang Esa yang telah meletakkan cinta kepada seseorang di dalam hati di luar kawalan kita. Kita tidak boleh samaada meningkatkan dan mengurangkan jumlah cinta kepada seseorang di dalam hati kita melainkan dengan izin Allah. Allah yang letakkan cinta ke dalam hati untuk semua ibu terhadap anaknya. Allah menggunakan cinta sebagai maksud untuk melindungi dan memelihara anak-anak kecil yang tiada berdaya. Seorang ibu boleh berjaga setiap malam tanpa tidur, untuk memberi makan dan daripada anaknya menangis kerana Allah telah pupuk kasih sayang terhadap anaknya di dalam hati seorang ibu. Tiada siapa yang boleh menyemai cinta melainkan Allah.
Apabila Allah tanamkan cinta ke dalam hati kita terhadap seseorang kita tidak dapat jumpa sebarang alasan, kenapa kita ada cinta terhadap seseorang itu. Kita tidak boleh cinta atau tidak cinta kepada seseorang dengan kita punya pilihan. Kita sebenarnya tiada pilihan. Apabila Allah telah tanamkan cinta terhadap seseorang di dalam hati, kita tiada pilihan melainkan terus mencintai orang itu. Allah masukkan di dalam hati kita cinta terhadap seseorang sebagai ujian untuk kita. Kita juga diuji dengan cara yang sama apabila Allah memberikan kekayaan dan kuasa. Allah menguji kita supaya kita dapat mengukur tahap iman kita. Kita akan mengetahui bahawa iman kita lemah apabila kita melanggar perintah Allah.
Salah satu daripada ciri-ciri yang Allah gunakan untuk menguji kita adalah cinta. Sebagai contoh; Allah menjadikan seorang lelaki berkahwin dan seorang perempuan berkahwin untuk jatuh cinta antara satu sama lain. Dalam keadaan begini, kedua-dua lelaki dan perempuan sedang di uji oleh Allah. Allah menguji mereka berdua dengan menjadikan mereka telah jatuh cinta di antara satu sama lain. Jika kedua-dua mereka mempunyai iman yang kuat, mereka tidak akan melanggar perintah Allah. Tidak salah jika kedua-duanya jatuh cinta antara satu sama lain, tetapi apa yang salah adalah melanggar perintah Allah. Sekiranya kedua mereka mempunyai iman yang lemah, mereka sudah tentu melanggar perintah Allah dengan melibatkan diri mereka dengan perzinaan. Kita suka menyentuh seseorang yang kita cintai, dan menyentuh adalah tanda untuk menzahirkan cinta kita terhadap seseorang. Ia adalah sukar untuk mencintai seseorang dan oleh kerana itu kita tidak dapat menyentuh mereka.
Salah satu cara untuk menunjukkan cinta kita terhadap seseorang adalah dengan mencium seseorang itu. Allah melarang seorang lelaki mencium seorang perempuan yang bukan muhrim dan sebaliknya. Perbuatan seorang lelaki mencium perempuan yang bukan muhrimnya adalah dosa kecil tetapi ia boleh membawa kepada dosa besar. Allah melarang segala perbuatan yang boleh membawa kepada dosa besar. Apabila seseorang lelaki menyentuh seorang perempuan dengan menggunakan bibir dan ini akan boleh membawa lelaki tersebut menyentuh semua bahagian badan perempuan tersebut, termasuk bahagian kemaluannya dan akhirnya boleh membawa mereka berdua untuk melakukan perzinaan. Apabila kedua-dua mereka melanggar perintah Allah, kedua mereka telah gagal dalam ujian dari Allah.
Allah yang Esa telah meletakkan cinta terhadap perempuan ke dalam hati lelaki dan begitu juga Allah yang Esa telah meletakkan cinta terhadap lelaki ke dalam hati seseorang perempuan dan keduanya adalah di uji oleh Allah. Apabila mereka mula-mula bertemu, mereka hanya menyukai antara satu sama lain tetapi setelah banyak kali pertemuan, ia perlahan-lahan bertukar kepada cinta antara satu sama lain. Allah tidak melarang kita daripada mencintai sesama kita. Apa yang Allah larang adalah seseorang lelaki menyentuh seseorang perempuan yang bukan muhrimnya walaupun mereka mencintai wanita tersebut sepertimana amalan ini yang boleh membawa kepada dosa-dosa besar.
Adakah cinta membawa kepada perkahwinan? Kita boleh mencintai seseorang tetapi tidak menjadi satu kepastian bahawa akhirnya kita akan berkahwin dengan seseorang itu. Allah yang Esa yang membuatkan kita jatuh cinta dengan seseorang dan hanya Allah yang boleh bagi kita berkahwin dengan seseorang tersebut. Tiada yang berkuasa memasukkan cinta terhadap seseorang ke dalam hati kita melainkan Allah dan hanya Dia yang boleh bagi kita berkahwin dengan seseorang.Dengan kuasa Allah yang menjadikan kita jatuh cinta pada seseorang. Tetapi cinta tiada berkuasa membuatkan kita berkahwin dengan perempuan tersebut. Cinta hanya ciptaan dan Allah yang berkuasa yang menanamkannnya ke dalam hati kita. Tiada yang berkuasa menentukan perkahwinan kita melainkan Allah. Allah boleh menjadikan kita berkahwin dengan seseorang yang tidak kita cintai sepenuhnya. Allah yang izinkan dan tidak izinkan kita untuk berkahwin dengan seseorang yang kita cintai. Dialah Allah dan bukan cinta yang akan menyebabkan kita berkahwin dan ini di kenali sebagai jodoh. Jika kita tiada jodoh dengan seseorang kita tidak akan dapat berkahwin dengan seseorang. Kita boleh membuat segala usaha untuk berkahwin yang kekasih kita tetapi jika Allah tidak mengizinkan kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, kita tidak akan dapat berkahwin dengan lelaki atau perempuan itu.
Ramai orang tidak dapat menerima hakikat bahawa tiada yang dapat bagi kita kahwin melainkan Allah. Cinta tidak dapat buat kita berkahwin dan Allah boleh. Allah boleh buat kita berkahwin seseorang yang kita tidak cinta dan seseorang yang kita cinta. Seorang perempuan telah mengatakan kepada kawan saya bahawa dia tidak akan berkahwin dengan lelaki itu kerana dia tidak cinta kepadanya. Ini adalah perkataan yang salah bahawa kita tidak akan berkahwin dengan seseorang yang kita tidak cinta kerana cinta bukannya Allah. Hanya Allah yang berkuasa membuatkan kita berkahwin. Apabila kita percaya bahawa cinta mempunyai kuasa untuk membuatkan kita berkahwin, kita akan menjadi kecewa dan dukacita apabila kita tidak dapat berkahwin dengan kekasih yang kita cintai.
Ramai perempuan dan lelaki tersiksa daripada kekecewaan dan kedukacitaan akibat mereka tidak dapat berkahwin dengan kekasih hatinya. Sesetengahnya ingin sampai ke tahap bunuh diri. Kita menjadi kecewa dan terdesak apabila kita tidak dapat berkawin dengan kekasih hati kerana kita percaya bahawa cinta mempunyai kuasa untuk membuatkan kita berkahwin dengan seseorang itu. Kita hendaklah tahu bahawa cinta dan perkahwinan adalah dua perkara yang berbeza dan tiada berkaitan. Kita boleh jatuh cinta antara satu sama lain tetapi tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan antara kita. Dalam perkataan lain kita boleh berkahwin dengan seseorang yang kita tidak cintai. Kita cinta suami tetapi mungkin suami tidak mencintai kita dan sama juga dengan kita cinta isteri tetapi mungkin isteri tidak mencintai kita.
Perkahwinan hanya sebuah kontrak di antara seorang wanita dan lelaki yang mana tidak semestinya cinta antara satu sama lain. Apabila Allah telah takdirkan kita berkahwin dengan seseorang yang kita cinta atau tidak cinta , kita tiada pilihan dan berkahwin dengan dia. Ia bukanlah kejayaan apabila kita berkahwin dengan seseorang yang kita cinta dan bukanlah satu kegagalan apabila kita berkahwin dengan seseorang yang tidak kita cintai. Perkahwinan hanyalah sebuah kontrak dan apabila kita memenuhi perintah Allah maka kita berjaya. Sebab kita berkahwin hendaklah hanya kerana ini adalah perintah Allah dan niat kita berkahwin hanya untuk sukakan Allah. Kita tidak sepatutnya berkahwin kerana kita mencintai dan niat berkahwin sepatutnya bukan untuk sukakan pasangan kita. Cinta adalah ciptaan Allah dan ia boleh datang dan pergi. Apabila kita berkahwin kerana kita mencintai, perkahwinan kita akan kekal selagi mana kita mencintai sesama kita. Apabila kita mendapati yang kita tidak lagi mencintai sesama kita maka perkahwinan kita akan berakhir dengan penceraian.Satu-satunya alasan mengapa kita berkahwin adalah kerana Allah perintah dan niat hanya untuk sukakan Allah.
Kita berkahwin kerana kita hendak melaksanakan perintah Allah. Kita tidak sepatutnya bercinta sebelum kita berkahwin. Perkahwinan adalah perintah Allah dan ia adalah kontrak di antara lelaki dan perempuan untuk hidup selaras dengan perintah Allah. Ia bukan pengakhiran hidup jika sekiranya kita mengetahui isteri atau suami tidak lagi mencintai kita.
Prasyarat dalam perkahwinan adalah bukan cinta tetapi iman. Apabila pasangan berkahwin mempunyai iman, mereka akan dapat mentaati segala perintah Allah yang berkaitan dengan perkahwinan. Apabila terdapat ketaatan dalam perintah Allah. Allah akan memberkati perkahwinan kita dengan aman dan bahagia. Apabila kita berkahwin kerana cinta antara satu sama lain, perkahwinan akan kekal selagi kita mencintai. Setelah kita mendapati bahawa kasih sayang antara satu sama lain pudar, kita akan mendapati bahawa tiada guna untuk meneruskan perkahwinan kita. Oleh itu, kita hendaklah perbetulkan niat dalam mengahwini pasangan kita. Kita tidak boleh dalam bercinta selamanya kerana cinta adalah ciptaan Allah dan Allah boleh letak cinta dalam hati dan mengeluarkannya juga boleh.
Cinta bukan tuhan. Cinta adalah ciptaan Allah. Cinta adalah sama dengan kebencian. Allah menguji kita dengan cinta dan kebencian. Dalam semua keadaan samaada kita masih mencintai atau tidak mencintai dengan pasangan, kita hendaklah meneruskan perkahwinan dengan pasangan kita. Kita tidak sepatutnya memilih untuk bercerai sebagai penyelesaian bagi masalah. Selagi kita mentaati perintah Allah dalam apa jua keadaan, kita sebenarnya telah berjaya.
Apabila suami kita mahu mengambil isteri lain, kita seharusnya membenarkannya kerana mungkin ini adalah perintah Allah untuk suami mempunyai lebih dari satu isteri. Kita tidak sepatutnya melanggar perintah Allah dan kita tidak boleh ingkar Allah.Apabila kita tidak membenarkan suami kita berkahwin dengan perempuan lain apabila datang perintah Allah kepadanya untuk berbuat demikian, kita sebenarnya telah menentang Allah. Cinta tidak sama seperti keperluan sexsual. Suami kita mungkin mempunyai keperluan seksual yang lebih berbanding dengan lelaki lain dan dia mungkin perlu untuk berkahwin lebih dari seorang isteri. Ini tidak bermaksud bahawa dia tidak mencintai kita lagi. Cinta dan keperluan seksual adalah dua perkara yang berbeza.Seorang lelaki boleh mempunyai hubungan seksual walaupun terhadap perempuan yang dia tidak cintai. Suami kita masih mencintai kita tetapi untuk keperluan seksual dia memerlukan isteri yang lain.
Ramai perempuan akan meminta cerai apabila dia mengetahui bahawa suaminya bercadang untuk berkahwin dengan perempuan lain kerana dia berfikir bahawa suaminya tidak mencintainya lagi. Ini adalah tidak benar dan walaupun jika suami tidak mencintainya lagi, dia sepatutnya tidak untuk meminta cerai. Kita tidak memerlukan cinta suami untuk hidup bahagia dan berjaya. Cinta yang hanya kita perlukan untuk hidup bahagia dan berjaya adalah cinta dari Allah. Jika suami ingin mengambil isteri lagi, kita tidak sepatutnya berfikir bahawa ini adalah pengakhiran hidup. Selagi mana kita mentaati perintah Allah sebagai isteri kepada suami kita akan berjaya. Kriteria yang amat penting untuk suami berkahwin lebih dari satu isteri bukan jumlah kekayaan yang dia ada tetapi adalah jumlah iman. Apabila suami mempunyai iman yang kuat, dia boleh berkahwin lebih dari satu isteri, kerana hanya seseorang yang dengan kekuatan iman sahaja boleh mentaati segala perintah Allah.
Allah menyebutkan dalam Quran, Kahwin satu, dua, tiga atau empat tetapi jika kamu takut tidak berlaku adil maka kahwinlah hanya satu. Dalam usaha untuk berlaku adil, seseorang perlu mempunyai kekuatan iman dan hanya seorang lelaki yang dengan kekuatan iman boleh mengambil isteri lebih dari satu. Oleh kerana kita mengabaikan faktor iman dalam menentukan samaada seseorang itu layak untuk berkahwin lebih dari satu isteri, banyak poligami berakhir dengan kegagalan. Jika kita tidak dapat adil dengan isteri, adalah baik untuk mempunyai hanya satu isteri. Dalam maksud lain, jika kita boleh berlaku adil dengan semua isteri, kemudian berpoligami adalah lebih baik daripada monogami. Oleh itu, adalah di nasihatkan untuk lelaki dengan iman yang kuat, berakhlak baik dan berpengetahuan Islam untuk berpoligami.
Allah membenarkan Nabi Muhammad s.a.w untuk berkahwin dengan ramai perempuan yang di sukai dan dia berkahwin dengan sebelas wanita yang beruntung. Nabi Muhammad s.a.w tidak berkahwin kerana cinta atau kerana keperluan sexsual tetapi kerana perintah Allah dan niat untuk sukakan Allah. Apakah yang lebih penting dari cinta kepada Allah. Kita boleh cinta mahkluk tetapi cinta kita terhadap makhluk hendaklah tidak melebihi dari cinta kita kepada Allah. Jika kita perlu berkahwin dengan seseorang yang kita tidak cintai, tidak perlu bimbang terhadap itu. Ini bukanlah akhir kehidupan kita.
Cinta hanya bonus dalam perkahwinan, ia bukan pra-syarat dalam perkahwinan. Prasyarat yang amat penting dalam perkahwinan adalah iman dan apabila kita mempunyai iman kita dapat mentaati perintah Allah dan menjadi berjaya. Apabila kita mencintai sesama kita dan abaikan iman, kita tidak akan menjalankan perintah Allah dalam perkahwinan kita. Akhirnya kita akan menemui kegagalan. Kita tidak harus berlebihan dalam majlis perkahwinan sepertimana artis lakukan. Perkahwinan adalah amal dan ini adalah sama seperti amal yang lain yang di perintahkan Allah dan bukan membezakan perintah berkahwin adalah kurang bernilai berbanding dengan amalan yang berkaitan dengan Lima Rukun Islam. Majlis perkahwinan hendaklah mudah dan ekonomi supaya ia akan mendapat rahmat dari Allah dan bukan sebagai bertentangan mahupun melampaui batas. Jika kita mahu perkahwinan kita mendapat rahmat dari Allah, kita hendaklah berkahwin hanya kerana perintah Allah dan niat untuk sukakan Allah. Sebuah perkahwinan yang bermula dengan niat yang betul akan kekal hingga ke akhir hayat.
** shared from Dr. Nasoha ( http://drnasoha.com/2012/10/08/cinta-perkahwinan/ )
Ulasan