Assalamualaikum anak2 Ummi...
Hari ni 16 September..
Birthday Ibu Ummi dan roommate tersyg, Afiqah Rosli
Senang kan nak ingat birthday hari ni
Sbb hari ni Hari Malaysia
Hehe.....
Mlm td Ummi on-call lagi
Di wad bersalin HTAA
Mlm ni tk banyak kes menarik
Ada pun, satu kes Caesarean section
Mulanya Ummi nak ikut tngok pembedahan tu di OT (Operation Theatre)
Tp Ummi tk dpt tengok sbb tk de tudung OT yg menutup aurat
Huhu.......
Sedih la jgk, tp tkpe mybe tkda rezeki Ummi.
Mlm ni Ummi on-call dgn Kak Ecah, Aisyah Rosli dan Anas
Anas sorang je laki, so dia pun tkde la kwn nak bersembang
(ktorang bnyak sembang je..... Sbb xramai patient kan, hehe.....)
Then Anas start la tanya Ummi :
"Hafizah, hg tk menyesal ke amik Medik. Ada rasa nak patah balik tk?"
Mulanya mmg tercengang jugak la dia tanya mcm tue... Dlm hati kata :
"Soalan apakah ini.....??"
Then Ummi pun jawab la dgn jujurnya :
"Aku ikut je flow hidup aku Anas... Dah Tuhan bagi aku kos ni, aku ikut je la. Tapi jujurnya, mmg mulanya Abah aku yg nak sangat aku jadi doktor."
"Aku pun sama, ikut je flow hidup aku... Kt asasi aku Pharmacy, tp tukar ke Medik sbb kena offer dgn pihak Universiti. Tapi kan, mak aku tk bagi anak perempuan dia amik Medik. Aku pulak tk nak isteri yg bekerja.. Nnti sapa nk jaga anak2 kt rumah?"
Ummi pun terdiam sekejap dengar statement Anas tu
Dia kata tk nak isteri yg bekerja, tmbah-tambah doktor
Sbb nnti sape nk jaga anak??
Mmg ada kebenaran pun dlm kata-kata Anas tu
Ummi tk nafikan..
Lama Ummi fikir jawapan utk soalan dia tu
Balik bilik pun, Ummi still fikir2 lagi
Pagi ni, lepas solat Subuh
Ummi pun tulis lah jawapan ni
" Maybe Doktor ni bukan pekerjaan yg org prefer.
Sbb doktor mmg life dia sangat sibuk.
Time belajar sibuk, time bekerja pun lagi sibuk.
Bagi seorang lelaki mungkin jadi doktor tu OK
Tapi bagi seorang perempuan, once dia dah bekeluarga
Mmg agak susah sikit nak selalu ada kt rumah
Kalau si suami tk memahami kerjaya isteri
Mmg boleh jadi konflik keluarga...
Tapi ini jawapan ikhlas dari hati Ummi,
Walaupun jadi doktor ni impian Abah
Tapi Ummi sangat hargai apa yg Allah dah bagi
Alhamdulillah... Selama Ummi belajar ni
Allah dah mudahkan jalan yg Ummi lalui
Mmg banyak dugaan, tp Allah tu Maha Baik
Setiap kali Ummi berdoa, Dia akan tenangkan hati Ummi
Ummi belajar ni pun guna duit kerajaan (JPA)
Jadi bila dah habis belajar nnti
Ummi kena menyumbang kpd masyarakat
Alhamdulillah, walaupun Ummi bukan pelajar cemerlang
Tapi Ummi suka belajar Medik ni
Dah masuk tahun 3 (clinical year)
Ummi lagi suka sbb dpt jumpa patient betul
Ummi suka dpt bercakap dgn patient
Ummi suka pergi hospital
Ummi suka suasana hospital
InshaaAllah, Ummi nak niatkan pekerjaan Ummi ni sbg Ibadah kpd Allah swt.
Kpd bakal Imamku
Terima kasih sbb telah memilih diri ini utk menjadi bakal isteri mu
InshaaAllah, sy akan cuba sedaya upaya utk menjadi isteri yg baik,
Dan bakal Ibu yg baik utk bakal zuriat2 kita
Allah tu Maha Pemurah dan Penyayang
Dan Dia Maha Mengetahui
Semoga Allah takdirkan perkara yg baik2 utk keluarga kita
Ameen..
:)
Ulasan