Assalamualaikum anak2 Ummi..
Skrang pukul 3.50 pagi
Ummi terbangun dari tidur
Kelmarin Ummi penat sangat sbb uruskan banyak perkara + ada kelas lagi
Alhamdulillah, semua urusan Ummi dah settle
Walaupun Ummi terpaksa uruskan seorang diri
Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya...
Ummi terbangun pagi ni
Perkara pertama yg terlintas di fikiran adalah utk Solat
Dulu masa pre-clinical, Ummi tk rasa susah utk bangun tngah malam
Sbb kelas setiap hari sama saja, tk da yg kena pergi hospital, buat on-call...
Tapi sekarang dah masuk clinical, kdg2 penat tu lagi kuat dari keinginan kita
Mmg ada pasang niat utk bangun setiap malam utk Solat dan berdoa..
Bagi Ummi,
Kekuatan yg Ummi ada sekarang bukan dari diri sndiri
Semuanya dari Allah swt
Mmg kdg2 ada rasa nak give-up, nak berhenti berusaha, nak salahkan org lain atas kesusahan kita
Tapi bila fikirkan balik, kita still ada Tuhan iaitu Allah utk sentiasa minta petunjuk
Dan utk sentiasa minta kekuatan
Ummi tk nafikan,
Kdg2 Ummi lost dgn diri sndiri, Ummi rasa down bila berseorangan
Tapi sebenarnya Tuhan tu ada, sentiasa dekat dgn kita
Apa yg terlintas dalam hati kita, semua Dia tahu
Apa yg kita doakan, Dia Maha Dengar
Jadi, tk ada sbb sbnrnya kalau kita nak berputus asa dgn rahmat Allah.
Nak cari kekuatan?
Carilah ketika bangun bertahajjud pd malam hari
Buatlah Solat sunat 2 rakaat (atau lebih)
Berdoalah kpd Allah swt.... Dalam sujud, mohonlah sebanyak mana hajat kita
Kalau ada masalah, luahkanlah kpd Allah swt
Kerana Dia yg mencipta kita, dan Dialah yg menguji kita
Mesti ada sbb kenapa Allah uji kita, dan hanya Dia saja yg tahu hikmah disebalik setiap ujian
Dan ingatlah selalu, Allah uji kita sbb Dia sygkan kita
Dia nak kita hanya bergantung kpd Dia semata, bukan pd makhluk lain...
Bila berdoa,
Yakinlah yg Dia akan makbulkan sama ada cepat atau lambat..
Doalah juga utk org lain, moga2 Allah terima dan makbulkan
Jgn cepat berputus asa dari rahmat Allah kerana rezeki, jodoh, pertemuan dan perpisahan semua rahsia Allah swt..
**
Terima kasih. Allah kerana banyak tlg aku selama ini..
Aku lemah dan hina, tunjukkanlah kpdku jalanMu yg lurus dan. Engkau redhai...
Peliharalah diriku, keluargaku, dan org2 yg aku sayang
Ameen ya Allah.
:')
Ulasan