Assalamualaikum anak2 Ummi...
Alhamdulillah,
Hari ni 26 Oktober 2013
Allah beri Ummi kesempatan utk menghadiri satu seminar Medical Dai'e
Nama pun sangat obvious kan?
Seminar dakwah utk medical student
Tapi dlm seminar ni, semua pelajar dijemput hadir, tk kira course
Lecturer pun ramai yg hadir :))
Sebelum terlupa
Seminar ni anjuran ABIM dgn kerjasama UIAM dan MRA (Malaysian Relief Agency)
Ummi pernah beberapa kali attend program ABIM ni
Sbb kawan2 ajak kan... Dan program dia mmg semua best2..
InshaaAllah :)
Alhamdulillah,
Banyak sangat Ummi belajar dalam seminar ni
Seminar ni tk mengajar mcm mana kita nak berdakwah
Tapi dia mengajar bahawa org yg sibuk seperti doktor2 pun boleh berdakwah ketika bekerja.
Mmg seorang doktor
Life dia sangat sibuk di hospital
Dan masa yg dia ada banyak bersama pesakit-pesakit dan staff dlm hospital
Seminar ni mengajar Ummi bahawa ketika bekerja pun masih boleh berdakwah
Contoh :
Kalau tengah examine patient, boleh tanya dia tntang Solat, Baca Quran ke tak
Boleh ajar pesakit mcm mana nak Solat time sakit
Boleh nasihat dia tntang bahaya merokok, minum arak (contoh) atau sexual misconduct
Paling mudah sekali, seorang doktor yg nak berdakwah, boleh berdakwah melalui contoh yg baik (dakwah fil hal)
Seperti Solat bila masuk waktunya, nasihat staff-staff supaya Solat, jgn tinggal Solat Jumaat dan sentiasa menutup aurat.
Mmg senang saja nk berdakwah
Kalau tk pndai bercakap @ nasihat
Boleh berdakwah melalui contoh teladan yg baik, atau tulisan
InshaaAllah, semua amalan2 kecil Allah akan nilai di akhirat nnti :)
Dan seorang pendai'e tu
Mesti faham ISLAM betul2, sentisa nak belajar tntang ISLAM dan amalkan ISLAM dlm kehidupan
Penting jugak memahami MAQASID SHARI'AH
Iaitu asas dlm Agama Islam :
Memelihara Agama
Memelihara Nyawa
Memelihara Aqal
Memelihara Keturunan
Memelihara Harta
InshaaAllah..
Kalau kita nak sampaikan ajaran Islam @ berdakwah
Jgn fikir apa org nak kata
Tp fikir yg Allah redha
Allah berfirman dlm Quran :
" Sampaikanlah daripadaKu walau sebaris ayat"
**
Semoga kita semua diberi kekuatan utk sentiasa ajak manusia kpd Islam dan kebaikan.
Dan Ummi harap bakal anak2 Ummi dapat menjadi Muslim yg terbaik duniawi dan ukhrawi...
InshaaAllah Ameen.
:)
Ulasan