Antara sebab kita dijadikan sebagai manusia di Bumi adalah untuk beribadah kepada Allah swt...
Nabi Muhammad antara manusia paling banyak diuji di dunia, tetapi Nabi tetap cekal menyebarkan dakwah...
Dakwah bukan sekadar kepada Umat Islam lain... Tetapi jugak antara manusia yg menganut agama lain...
Fahami makna solat.... Hayati pengorbanan Nabi akan jadikan kita lebih khusyuk dalam solat... Lebih ikhlas berdoa dan mengharapkan syurga Allah...
.....
Selepas transplant... Saya selalu inginkan seorang lagi anak.. Tetapi ramai kata saya mungkin tak boleh mengandung dah.... Sebab tinggal satu kidney...
Satu hari.. Selepas solat malam, saya sedar... Allah mungkin tidak mahu membebani saya dengan lebih lagi, kerana mungkin apa yang saya nak tidak baik untuk saya... 4 tahun saya berjuang kerja menyara keluarga, dan 5 tahun menanti dengan sabar bersama suami selepas transplant... Mungkin mempunyai zuriat ramai bukan untuk kami...
Allah mahu saya terus berbakti kepada suami... Anak2 dan keluarga yang lain terutama ibu bapa..
Mengimpikan anak yang ramai, impian setiap ibu.. Tapi Allah Maha Mengetahui... Apa yg baik semuanya sudah Dia aturkan.
Dalam medical, tidak mempunyai anak selepas beberapa tahun mungkin dipanggil involuntary subfertility, tapi untuk pesakit single kidney seperti saya... Adalah risiko yang lagi tinggi kalau pregnant lagi..
Pernah slow talk dengan suami, minta maaf kalau tak dapat berikan dia zuriat yang ramai... Mungkin juga tak mencapai expectation keluarga mertua... Tapi saya sedar, nilai diri seorang wanita bukanlah terletak pada berapa anak yang dia boleh lahirkan..
Semoga keluarga kecil saya terus dilindungi Allah dan mendapat ganjaran Syurga Jannatul Firdaus satu hari nanti... InshaaAllah...
Kalian juga, La Tahzan... Jagalah amanah kita sebaiknya... ❤️❤️
#kidneydonor #renaltransplant #tcc #sakinahmawaddah #postrenaltransplant


Ulasan