Langkau ke kandungan utama

Balasan Syurga bagi sesiapa yg menahan marah..

Memanglah benar bahawa perkara-perkara yang menyebabkan timbulnya kemarahan itu amat banyak khususnya cabaran-cabaran masa kini yang ditambah pula dengan kerenah-kerenah manusia itu sendiri.
Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.
Tetapi yang sebaik-baiknya, elakkanlah dari berlaku perkara sedemikian, kerana marah boleh menimbulkan keburukan dan permusuhan, bukan saja kepada orang lain tetapi kepada diri sendiri.
Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan juga lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji dan apabila mereka marah disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka, mereka memaafkannya. (asy-Syuura: 37)
Rasulullah SAW bersabda: “Dari ‘Atiah r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api dan sesungguhnya api itu terpadam dengan air, maka apabila salah seorang dari kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk (riwayat Abu Daud).”
Menjauhkan diri dari bersifat marah itu mempunyai banyak hikmah antaranya boleh mengelakkan berlakunya sifat dengki, dendam, benci, buruk sangka, memendam perasaan tidak baik terhadap seseorang dan bermacam-macam lagi sifat yang tidak baik.
Kedua, supaya kita akan dapat mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW seperti bersopan santun dan bersedia memaafkan orang yang bersalah. Sikap sedemikian boleh menimbulkan perasaan kasih sayang dan kemesraan.
Oleh itu, kita harus memahami bahawa orang yang dapat mengawal dirinya dari bersifat marah akan mendapat balasan syurga.
Ini dijelaskan seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Dari Abi Ad-darda dia berkata, wahai Rasulullah, tunjukkanlah saya sesuatu amalan yang boleh menyebabkan saya dapat masuk syurga. Rasulullah SAW bersabda: Jangan marah nescaya engkau akan dapat masuk syurga (riwayat At-Tabrani).”
Islam mahukan umatnya bersatu padu, hidup bersaudara, berkasih sayang, mengelakkan perpecahan dan permusuhan yang boleh membawa kepada kehancuran umat Islam.
Maka bagi mengelakkan semua itu, Islam menganjurkan kita supaya jangan bersifat marah. Mudah-mudahan dengan demikian umat Islam akan bersatu padu dan menjadi umat yang kuat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amalan-amalan yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan ingatlah, Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik. (ali-’Imran: 133-134)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

5 tahun bersama satu kidney ..

  Assalamualaikum,    Dah lama aku  tak  tulis blog. Memang aneh sebab setiap kali akhir tahun Disember baru aku melawat blog ni .   Aku maybe sibuk  kerja,  atau sibuk layan perasaan .. haha .  Aku nak share ,  alhamdulillah  dan  dekat 5 tahun aku  hidup dengan satu kidney ( buah pinggang ).  Pada Oktober 2020 , aku dan suami  Ahmad  Hariz menjalani pemindahan  buah pinggang.  Hariz dah sakit lama ,  sejak dia kerja di Kuantan 2016 sampai lah aku  houseman . Dulu aku  houseman di  HPSF Muar . Dekat 4 tahun dia sakit , almost 4 tahun  dialisis  CAPD .  Tahun pertama kami pindah ke Muar ,  dia ada ada semua gejala sakit ESRF due to  diabetic  nephropathy.  Kenapa aku ,  Allah pilih aku untuk melalui ujian ni .  Aku takkan sangka bahawa Allah akan uji aku begini . Setakat ujian parents aku gaduh sikit2 tu aku dah biasa ....

Happy new year 2026..

 Selamat tahun baru 2026 semua.. Aku doakan semua dimurahkan rezeki... Diberi kesihatan yang baik2...  Sentiasa rezeki mengalir tanpa henti..  Dapat menunaikan umrah ..  Dapat savings untuk anak-anak... Diberikan zuriat bagi yang menanti lama.. Diberi kebahagiaan bersama keluarga tercinta..  Doakan aku juga ya... Kalau ada salah silap sepanjang 2025.. Aku minta maaf.. ❤️❤️ Muzaffar , anak angkat kami.. Tahun depan darjah 1. 

Happy comes from inside...

 Alhamdulillah ... Baru balik kerja pukul 11  Solat dan rehat2 ... Dah pukul 12.  Patient klinik mmg ramai tadi ...as usual ..  Klinik aku kerja sekarang , tak pernah tak ramai . Sebab 24 jam kan ..  Jari aku pun dah kebas sekarang .. Sebab banyak menaip.  ... Aku even dah slow facebook dan instagram ..  Sejak bulan puasa haritu . Fokus kerja , fokus family la ni ...  ... Dulu masa aku susah ..  Alhamdulillah semua cukup . Hidup dengan Hariz dan Mardhiyah .. Happy sangat ...  Satu kalau suka menunjuk ... Orang akan dengki.  Dan realiti kehidupan sekarang .. Kita jangan terlalu over sharing ..   Sebab tu aku dah tak follow artis ke ... Influencer ke ... Penat melayan socmed .  Sekarang hidup tenang alhamdulillah.  Takde perlu nak penuhi expectation orang lain. Pi kerja balik... Tidur ...  😸😸😸