Assalamualaikum anak2 Ummi...
Dah lama Ummi tak tulis entry
Alhamdulillah, posting O&G lepas Ummi dan kawan2 pass.
Sujud syukur kpd Allah swt, tanda terima kasih dgn semua pertolongan Allah. :)
Kali ni Ummi nak share skit tntang musim tengkujuh di Pantai Timur.
Especially area Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Pada 4 Disember 2013, Pahang dilanda banjir kilat
Tempat Ummi Kuantan agak teruk terjejas
Seingat Ummi, ini kali pertama musim hujan yg paling dasyat di Kuantan.
Banyak kampung terjejas, semua rumah ditenggelami banjir,
Banyak kereta yg terkandas dalam banjir, rosak, nombor plat hilang
Ramai penduduk kmpung terpaksa berpindah ke penempatan sementara
Tak silap Ummi dalam 15000 orang mangsa banjir di Kuantan sahaja..
Banyak ambulans kesana-kemari attend every emergency cases
Bagi ibu mengandung yg nak bersalin pulak, mereka terpaksa di bawa oleh helikopter ke hospital..
Pengalaman Ummi dan kawan2 pulak
Kami pun terkandas dalam permainan banjir kali ni
Ada kawan2 Ummi yg rosak kereta, terkandas di asrama tk boleh attend kelas
Tk terkecuali jugak lecturers, doktor dan staff2 hospital
Ramai yg terkandas di rumah masing2, tk dapat datang kerja pada hari tu..
Jadi, banyak pesakit tk dapat rawatan dgn baik, dan operation semua terpaksa ditangguhkan
UIAM Kuantan pun banjir, tp tk seteruk kawasan2 kampung lain
Sehari selepas kejadian banjir ni, terjadi pulak masalah electric, air, dan traffic yg teruk di seluruh Kuantan.
Ummi yg melihat semua ni
Rasa insaf sangat-sangat
Baru Ummi sedar, betapa kita sibuk dengan hal-hal dunia ni
Bila Allah nak turunkan musibah kpd suatu kaum tu
Bila-bila masa saja harta benda boleh hilang... dalam sekelip mata
Kadang2 bukan sekadar harta benda, nyawa pun Allah boleh tarik bila-bila masa...
Ummi insaf...
Semasa Ummi melawat mangsa2 banjir di penempatan sementara
Ummi tengok ramai yg sedih, kesejukan dan tak cukup makan, pakaian
Memang sedih melihat semua kejadian ni, Ummi dan kawan2 hanya dapat tolong apa yg kami mampu
Baru Ummi terfikir.... betapa banyak nikmat yg Allah beri pada manusia yg manusia lupa utk bersyukur..
Ya...... Kita lupa utk bersyukur bila nikmat tu ada, tp bila nikmat semua ditarik balik, kita sedih dan meminta-minta pada Allah...
Tapi apa yg penting disebalik semua musibah ni
Sebagai manusia, Hamba Allah dan Khalifah Dia
Kita kena selalu bergantung pada Allah, bersyukur dgn setiap nikmat
Sebagai Ummat Islam kita diajar supaya jgn mudah mengeluh dan meratap dgn apa jua musibah yg melanda
Dan yg paling penting, tetaplah menolong manusia yg dalam kesusahan
Sebab kita tk tahu, mungkin musibah2 mcm ni boleh menimpa diri kita dan keluarga kita satu hari nnti.
Dan
Ingatlah anak2 Ummi
Setiap perkara yg berlaku, ada hikmahnya...
Cuma manusia takkan nampak serta-merta
It takes pure heart and good relationship with Allah swt to see those 'hikmah'.
Baiklah anak2 Ummi
Ummi berhenti disini dulu
InshaaAllah, ada masa Ummi tulis lagi entry.,,
Assalamualaikum :)
Ulasan