Assalamualaikum bakal Imamku...
Adakah hari ini engkau bangun dgn penuh kesyukuran kpd Allah swt
Adakah hari ini telah engkau bersihkan dirimu dgn wudhu', solat subuh dan berzikir..
Wahai bakal Imamku,
Tahukah engkau bahawa Allah sangat mencintai hamba-hambaNya
Dia berikan ujian demi ujian
Supaya kita sentiasa bersyukur dan merasa cukup dgn rezeki yg ada
Wahai bakal Imamku,
Aku ingin setiap hari kita bangun dgn penuh syukur
Solat Subuh pada awal waktunya, berzikir dan mengingati Tuhan
Sebelum kita melangkah menempuh cabaran hari ini
Kerana dunia yang fana ini penuh dgn fitnah dan dugaan
Hanyalah hati yg selalu mengingati Tuhan akan kuat dan sentiasa tenang..
Wahai bakal Imamku,
Aku ingin kita luruskan niat atas segala urusan dunia
Dan ikhlaskan hati atas segala urusan akhirat
Kerana aku yakin, satu hari nanti kita semua akan mengadap Ilahi dan mempersembahkan setiap perkara yg kita perbuat di dunia..
Wahai bakal Imamku,
Jgnlah engkau sorokkan tanganmu daripada berbuat kebaikan dan bersedekah
Kerana tidak ada org yg pernah miskin dgn berbuat baik dan bersedekah
Jgnlah engkau risau akan rezeki, kerana setiap dari kita tercatat rezeki masing2..
Wahai bakal Imamku,
Biarlah tarikh 'lafaz sakinah' kita menjadi rahsia kita dgn Tuhan
Kerana aku pun tak yakin, adakah umur kita masih panjang sehingga ke saat itu
Cuma apa yg pasti, setiap hari kita semakin dekat dengan kematian
Maka isilah waktu2 yg ada dgn amal soleh dan kebaikan..
Wahai bakal Imamku,
Aku sentiasa berdoa, dan terus berdoa
Kerana aku tahu tiada tempat bergantung yg terbaik selain dari Allah swt
Aku harap satu hari nanti
Engkau akan melangkah tenang dan penuh syukur
Saat ingin menjemputku menjadi isteri mu yg sah.
Daripada bakal makmum-mu.
Siti Hafizah binti Roslie.
[1 Jan 2014]
Ulasan