Assalamualaikum anak2 Ummi..
Mlm ni 29 Ramadhan 1434
Ummi tk boleh tidur
Ummi fikir mcm2
Sbnrnya Ummi tknak pun fikir, tp Ummi tk boleh berhenti
Mcm2 memori dtg pada Ummi
Td Ummi solat terawih dgn Abah Ummi
Dalam solat tu, Ummi rasa sebak
Ummi terfikir sakit yg Abah tanggung selama ni
Ibu pernah cerita pada Ummi yg Abah tk boleh ke Masjid selalu selepas di-diagnose sakit tulang belakang
Abah tk dapat duduk lama berwirid lepas solat, dia akan sakit belakang
Tp yg lagi sedih, jiran2 kami suka 'aim' Abah
Diorang cakap Abah bukan ahli masjid
Diorang cakap jarang nmpak muka Abah di masjid
Ummi sedih bagi pihak Ibu Abah
Ibu Abah kena tahan semua kata2 jiran
Sbb tk semua jiran tahu Abah Ummi sakit
Tp kami hanya diam dan sabar
Siapalah kami nak lawan cakap2 manusia
Mmg tak kan ada kesudahan
Lama-kelamaan, bila Abah Ummi dah buat fisioterapi sikit2
Abah dah tk sakit sangat
Abah kdg2 solat jemaah kt Masjid
Tapi, still Abah akan rasa sakit bila nak bangun dari duduk bersila
Bila ingat semua ni
Ummi rasa sedih dan sebak
Ummi tk dpt tolong apa2 utk Abah
Ummi hanya boleh berdoa
Semoga Allah pelihara keluarga kami dari sebarang keburukan dan fitnah dunia
Ummi nak belajar sabar mcm Ibu Abah
Ibu Abah sangat baik dgn jiran2, tk pernah berkira dgn jiran
Kalau jiran sakit Ibu Abah akan ziarah, tolong...
Ummi mmg banyak warisi sikap Abah Ummi
Ummi anak yg paling banyak ikut perangai Abah
Mungkin sbb Ummi dan Abah Ummi lahir bulan Feb, dan kami anak ke-2
Antara sikap Abah Ummi yg ada pd Ummi ialah kami sangat suka pendam masalah, tk suka cita kt org, sensitif, mudah marah..
Ummi sngat syg pada Abah
Dia dah banyak berkorban utk kami dan adik2 dia (mak ayah sedara Ummi)
Kami biasa saja
Tk kaya mana
Hidup sederhana
Tapi Abah la yg paling banyak memberi pd keluarga adik2 dia
Kdg2 smpai Abah dah tk ada apa2 utk diri dia sndiri
Abah juga selalu tahan makan tngah hari, smpaikan doktor sahkan Abah Ummi menghidap gastric ulcer
Tp Ummi faham
Abah suka memberi, Abah selalu niatkan sedekah
Abah tk pernah mengharap balasan drpd sesiapa
Ummi selalu doa, moga Allah kurniakan Ibu Abah ganjaran syurga
Itulah hadiah terbaik yg boleh Ummi minta dr Allah swt
Sbb Ummi tahu, di dunia ni Ibu Abah dah susah,
Jadi Ummi mohon pd Allah selalu semoga Ibu Abah dimasukkan ke syurga Allah swt nnti.
* Inilah gmbar Ummi dan Abah. Ummi janji pada diri Ummi nak jadi anak solehah utk Abah, supaya nanti Abah senang masuk syurga Allah, inshaaAllah... :')
Ulasan