Langit senja di UPM.
A moment to pray to Allah swt.
Wahai langit yg cantik.. Langit milik ILahi.
Bertuahnya kamu berada tinggi di sana.
Bila subuh kamu bersinar, bila senja kamu berlabuh.
Subuh atau senja.
Kamu tetap tenang.
Aku sentiasa jatuh cinta bila melihat kamu.
Aku sentiasa ingin berdoa bila melihat kamu.
Kerana aku yakin Allah sentiasa Mendengar doa-doaku.
Ya Allah... Tuhan yg sentiasa dekat,
Engkau tidak pernah mengurangkan rezeki kami,
Malah Engkau sentiasa menambah rezeki kami,
Engkau Maha Menjaga kami,
Ketika kami lalai atau leka.
Ya Allah, Engkau Maha tinggi
Kami yg kerdil kerana hanya menumpang disini.
Ya Allah,
Peliharalah diriku,
Peliharalah hatiku,
Peliharalah jiwaku,
Paliharalah aku agar sentiasa berada di JalanMu,
Peliharalah keluargaku, sahabat-sahabatku,
Peliharalah jodoh ku, walau di mana saja dia berada Ya Allah.
Aku bersyukur, bersyukur dgn nikmatku dan ujianku,
Aku bersyukur Engkau terus hidup dlm hatiku,
Ya Allah peliharalah aku, seindah nama diberi Siti Hafizah.
29th June 2013. #UPM.
Ulasan